Cetusan Hati dan Dedikasi, Sayang Iz Kampung Daching, Negeri Sembilan,Malaysia

Friday, December 11, 2009

Imbauan Kenangan Lalu......


Kesibukan membuat persiapan majlis kenduri kahwin adik perempuan bongsu ini, sedikit sebanyak mengimbau kenangan 16 tahun lalu.Pada ketika itu akulah yang menjadi raja seharinya...... oh, alangkah indahnya!

Bezanya pada masa itu kedua-dua ibu dan bapaku masih ada dan masih sihat. Semua persiapan mereka buat sendiri. Hari ini ayah sudah tiada, hampir 6 tahun telah meninggalkan kami. Ibu pulak sudah mula menunjukkan keuzuran dan sudah tidak sekuat dulu.

Syukur alhamdulillah adik-beradik bersatu hati dan memberi kerjasama yang amat baik, begitu juga suamiku dan ipar-ipar yang lain. Ternyata kami sebuah keluarga yang bahagia!

Jangan bimbang mak, insyaalah majlis ini akan berlangsung dengan baik......

Kepada semua yang mengenali kami jemputlah hadir ke teratak kami pada 13 Disember 2009.....

Thursday, December 10, 2009

Kongsi Maklumat !

SAMA-SAMA KONGSI MAKLUMAT….

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!
Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila."When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others".

Guru Malaysia dianaktirikan ke?


Dalam masa kerajaan kita sibuk mengurangkan peruntukan untuk semua sektor termasuk sektor pendidikan, ada berita yang disiarkan menyatakan kerajaan akan menaja biasiswa bagi guru-guru selatan Thai! Wah, banyak pulak duit kerajaan kitakan.

Bukannya apa, guru-guru Malaysia pun ramai juga yang memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajaran tapi tak diberi peluang pun......Kesian juga kepada mereka kerana keinginan untuk melanjutkan pelajaran ada tetapi kewangan tak mengizinkan kerana maklum ajelah gaji kita bukan tinggi sangatkan! Minta biasiswa pun tak dapat, aleh-aleh dapat kat orang Thailand!

Kesian kitakan!!!!!

Tambahan kuasa untuk guru besar dan pengetua!

Sekiranya anda membaca akhbar hari ini, pasti anda turut membaca mengenai kuasa tambahan yang akan diberikan kepada guru besar dan pengetua iaitu memecat guru-guru yang tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan..... Huh, kalau betullah macam tu, rasanya tak ada guru yang ponteng kelas atau lewat masuk kelas lagi. Maka akan tiadalah guru yang mengajar sambil duduk di kerusi, sambil baca akhbar atau yang buat jualan langsung di sekolah.....
Para guru, ingatlah kita semua telah diamanahkan untuk menjadi pendidik maka laksanakan tugas dengan sempurna demi menghalalkan rezeki yang kita peroleh!

Berikut, keratan akhbar utusan hari ini;

Pengetua, guru besar diberi kuasa

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHApengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 8 Dis. - Pengetua dan guru besar mungkin diberi kuasa untuk mengambil dan memecat mana-mana guru pada masa akan datang.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika membayangkan perkara itu berkata, kuasa berkenaan boleh 'diperturunkan' kepada pengetua dan guru besar memandangkan mereka lebih mengenali prestasi setiap guru.
"Kemungkinan suatu hari nanti mereka (pengetua dan guru besar) boleh mengambil dan memecat. Ia bagi membantu mereka mengenal pasti guru yang berdedikasi dalam membantu mewujudkan sekolah yang cemerlang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Bajet 2010, peringkat jawatankuasa kementerian itu, pada Sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Mohd. Puad, langkah luar biasa itu adalah sebahagian daripada usaha kementerian tersebut untuk melakukan revolusi dalam bidang pendidikan negara.
Mengulas lanjut mengenai revolusi itu, beliau menambah, semua guru turut diwajibkan melafazkan aku janji (baiah) baru.
Jelasnya, aku janji tersebut bagi memastikan tiada lagi guru-guru selepas ini mohon untuk bertukar selepas hanya dua tahun bertugas walaupun atas alasan mengikuti suami atau sebagainya.

***** Semoga semua guru akan menjadi guru yang dedikasi dan berbangga kerana menjadi guru !

Wednesday, December 9, 2009

Bahagia menjadi guru.... tak kaya pun tak apa!


Isu hangat yang sedang diperkatakan masa ini adalah mengenai kerjaya sebagai guru. Macam-macam perkara yang dibincangkan. Ada yang baik dan tidak kurang perkara yang tidak benar dan mengecewakan para guru. Hal ini sedemikian adalah disebabkan, orang yang mengutarakan pendapat yang negatif dan tidak berasas itu adalah golongan koporat yang tiada pengalaman langsung menjadi guru.....

Ketahuilah para guru dan para bakal guru, kerjaya guru akan memberi kebahagiaan dan kepuasaan dalam kehidupan kita walaupun kini kerjaya ini semakin mencabar tetapi kita akan berasa amat puas apabila berjaya membentuk insan mulia bakal peneraju negara masa depan. Jangan fikir untuk kaya raya apabila anda memilih kerjaya sebagai guru dan segeralah letak jawatan apabila kekayaan itu menjadi fokus utama anda. Kepada yang berminat untuk memohon mengikuti kursus perguruan fikirlah semasak-masaknya kerana jangan jadikan generasi rebung sebagai mangsa apabila anda sebenarnya tersalah buat keputusan!

Setelah 15 tahun menjadi pendidik, tidak pernah terasa jemu dan ingin terus mendidik.....

Sunday, December 6, 2009

Syarahan Raja Ali Haji 2009




4 Disember 2009, saya dan hubby menghadiri Syarahan Raja Ali Haji 2009, yang diadakan di Dewan Seminar 2 DBP. Pemidato ialah Profesor Ungku Aziz. Yang tak syoknya, rasa tak puaslah mendengar syarahan yang disampaikan oleh Pak Ungku kerana pendek sangat. Tajuk yang disampaikan memang menarik dan bersesuaian dengan kajian saya iaitu 'Pantun Sebagai Akal Budi Masyarakat Melayu'. Dahlah masa pergi tu tersesat, jalan pulak sesak kena pusing dua kali KL baru dapat masuk DBP. Itupun parking jauh depan kedai bawah bukit...... Lebih mencabar lagi hari hujan pulak tu. Baru je rasa nak naik semangat dengar syarahan, Pak Ungku kata ..."sampai di sini sahaja........" dah habis rupanya!

Tuesday, December 1, 2009

Tahniah pelajar PGSR! akhirnya anda buktikan anda memang hebat.....


Tahniah dan syabas kepada guru-guru yang menjadi pelajar PGSR IPG Kampus Raja Melewar, atas kejayaan menganjur dan mengelolakan pameran wajib bagi memenuhi kursus WAJ 3104. Tahniah juga kepada semua pensyarah JPM khasnya Dr. K. kerana anda semua juga hebat. Pameran yang dilangsungkan pada petang ini amat menepati dan berjaya menunjukkan komitmen antara pelajar yang pelbagai kaum. Ini sekaligus dapat membantu pencapaian objektif 1 Malaysia yang dilaung-laungkan kini.
Sebagai pensyarah yang mengajar satu daripada unit ini berasa amat bangga dengan pencapaian para pelajar yang lebih dianggap sebagai rakan kerana ada antara mereka yang memang merupakan rakan-rakan lama yang masih diingati....
Saya berharap dan berdoa semoga anda semua akan berjaya meneruskan pengajian ini sehingga ke akhirnya. Jangan 'give up' dan jangan sesekali rasa tertekan. Fikirkan boleh pasti anda boleh melakukannya.....
Selamat berjaya!..........