Cetusan Hati dan Dedikasi, Sayang Iz Kampung Daching, Negeri Sembilan,Malaysia

Wednesday, December 23, 2009

Bekerja dengan CINTA! .... 2010


Bila engkau bekerja dengan cinta

Itu bererti engkau menenun dengan sutera dari hatimu

Seakan kekasihmu sendiri yang mengenakannya

Itu bererti engkau menabur dalam kelembutan

memetik dengan suka cita,

Seakan kekasihmu sendiri yang menikmatinya

di meja perjamuan


Kerja adalah cinta yang nyata, kasih yang tampak

Dan jika engkau tak bisa bekerja dengan cinta,

tetapi dengan rasa enggan,

maka baiklah bagimu meninggalkan tempat kerjamu,

dan duduklah di pinggir jalan sambil mengemis sedekah,


Sebab jika engkau bekerja sambil bersungut-sungut,

sebenarnya engkau tengah membuat roti busuk yang

membuat sakit perut,


Dan jika engkau menyanyi seindah lagu bidadari

tetapi engkau berdendang tanpa cinta,

maka tembangnya hanya membuat bising telinga orang!


Dipetik dari ;

Khalil Gibran, 2000 Mumbai.


SELAMAT BEKERJA DENGAN CINTA DAN SELAMAT TAHUN BARU 2010

Monday, December 21, 2009

Cabaran untuk tahun 2010 lebih HEBAT!


Dalam Mesyuarat Staf Akademik 2010 yang diadakan pada 21 Disember 2009, banyak sangat hal-hal yang agak mengecewakan staf yang dibentangkan. Rentetan daripada kemelut ekonomi yang dihadapi oleh negara, nampaknya kita turut menerima tempias yang agak hebat juga. Rata-rata isu-isu yang dibangkitkan adalah mengenai 'kewangan' ! Potong sana-potong sini, main di halaman rumah dan macam-macam lagilah.....

Tapi saya yakin Jabatan Pengajian Melayu( JPM) di bawah naungan KJ Hjh Amanah dan KU Dr. K tidak akan 'potong' mana-mana program yang telah dirancang. Ahli-ahli JPM akan sentiasa memberi komitmen untuk melaksanakan apa-apa program yang dirancang yang mendatangkan kebaikan kepada para pensyarah dan para pelajar walaupun terpaksa menggunakan duit poket sendiri!!!

Semoga kejelekitan JPM akan berterusan dan sentiasa komited dalam melaksanakan tugas terutama sebagai pendidik yang mendidik bakal-bakal guru.

Hidup JPM !!!

Saturday, December 19, 2009

AWAS! Nafas terhenti ketika tidur


Setelah membaca rencana kesihatan oleh Julie Roshana dalam MW terdetik di hati untuk berkongsi maklumat dengan rakan pembaca blog. Menurut Julie;

Jika anda mendapati diri bernafas termengah-mengah atau kerap terjaga dari tidur sepanjang malam, anda berpotensi untuk mengalami APNEA TIDUR OBSTRUKTIF. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu berhenti bernafas semasa tidur untuk beberapa ketika (beberapa saat hingga melebihi satu minit) kerana saluran pernafasan yang tersekat sementara.

Keadaan yang berpotensi untuk membahayakan kesihatan ini boleh menyebabkan penghidapnya keletihan pada waktu siang dan cenderung untuk mengalami masalah kesihatan, walaupun selepas mendapat rehat secukupnya pada waktu malam.Gejala-gejala utama apnea tidur yang boleh anda sedar adalah seperti berikut:

* terlalu mengantuk pada waktu siang yang boleh menyebabkan seseorang itu tertidur ketika sedang bekerja atau memandu.

* Rasa letih pada waktu pagi.

*Rasa sakit kepala sebaik sahaja bangun tidur.

Kesan apnea tidur adalah;

*tekanan darah tinggi

*tekanan darah tinggi dalam paru-paru

*ritma jantung abnormal, kegagalan jantung, penyakit krononari arteri (CAD) atau strok.

*kemurungan.


Untuk mendapat maklumat lanjut bacalah MW (4-10 Disember 09)

Thursday, December 17, 2009

Ungkapan Sayang Buatmu Sahabat....!




And smile at least once a day!



At the end of the day... PRAY
........ and close your eyes




Hold on to good friends; they are few and far between




Seize the Moment







There is always someone who loves you more than you know





Share with friends







It will get better








Always be up for surprises










....and say 'I love you' often










Fall in love with someone..










Laugh often














Share a joke with friends











Believe in yourself













Give lots of kisses















Salam Maal Hijrah


Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh.
” Ya Allah…Sempena Ma’al Hijrah 1431H, Aku momohon kepada-MU agar insan yang membaca blog ini agar umurnya, amal ibadatnya, rezekinya, hidupnya dan matinya sentiasa dalam peliharaan-MU dan jadikan dia insan yang bertaqwa dan soleh. Amin.”


PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi (1 Januari) baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam. Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah.Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah.
Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Monday, December 14, 2009

Bangga dan bahagia menjadi warga JPM


Setiap hari saya akan membaca blog JPM. Editor blog sentiasa memberi dan menulis berita baru dalam blog. Tahniah kepada editor dan pengendali blog. Merpati Puteh, anda memang hebat!

Setelah hampir tiga tahun menjadi ahli JPM, semakin hari semakin sayang dan semakin serasi rasanya berada dalam jabatan ini.

Harapan dan doa saya semoga JPM akan terus maju jaya dan sentiasa mencipta kejayaan dengan adanya ahli-ahli yang berkaliber dan berwawasan. Tambahan pula JPM sentiasa dipimpin oleh KJ dan KU yang proaktif dan yang paling membanggakan JPM sentiasa mendapat nasihat dan bimbingan daripada para pensyarah kanan yang tidak pernah lokek dengan ilmu, tunjuk ajar dan kasih sayang kepada kami warga baru ini.

Semoga kejelekitan JPM akan terus dicemburi oleh jabatan-jabatan lain. Syabas JPM!

Syukur Alhamdulillah dan Terima kasih!


13 Disember 2009, syukur alhamdulillah! majlis kenduri perkahwinan dan persandingan adik perempuan berlangsung dengan meriah dan selamat setelah diijabkabulkan pada 12 Disember 2009. Syukur kerana majlis berlangsung seperti yang dirancang......

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai, kenalan dan semua yang membantu membuat persiapan majlis dan semua yang sudi hadir ke majlis ini.

Setinggi - tinggi terima kasih kepada Ketua Jabatan JPM Pn. Hajah Amanah serta Auni dan sepupu, Ketua Unit JPM Dr. Khairuddin (Merpati Putih) serta keluarga, Kak Peah (Pensyarah Kanan) serta Kak Yam (Pensyarah Kanan) serta keluarga atas kesudian hadir ke teratak buruk kami. Mohon maaf kerana teratak ini bukan tiga tingkat seperti yang diwar-warkan!

Terasa malu juga apabila Kak Yam dan keluarga masuk ke 'library' yang sepanjang tempoh majlis kenduri ini memangku tugas 'stor' !. Almaklumlah rumah nak dilapangkan untuk majlis kenduri....

Tapi di sinilah tempat saya dan keluarga mentelaah dan menyiapkan kerja-kerja pejabat!..

Doaku semoga adik dan suami akan berbahagia dan diberkati Allah!