Cetusan Hati dan Dedikasi, Sayang Iz Kampung Daching, Negeri Sembilan,Malaysia

Saturday, July 17, 2010

Hidup ini persediaan ke 'sana'!


Rutin kita melalui hari-hari seperti biasa. Tidur, kemudian kita bangun meneruskan kehidupan kita. Sudah berapa hari agaknya kita hidup di atas dunia ini? Kalaulah umur kita sudah 40 tahun, maka 40 X 365 hari = 14600 hari.Kenapa mesti hargai kehidupan kita ini.Kejayaan kita, hanyalah apabila kita dilepaskan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.Jadi dunia ini sepatutnya kita gunakan, bukan kita dipergunakan.Sakit adalah anugerah Allah kepada hamba yang disayangiNya. Ketika sakit kita akan lebih mengingati kematian, takut kepada kejahatan dan sentiasa mendekatkan diri dan berdoa kepada Allah.Justeru, hargailah kehidupan ini bersyukur andai hidup kita sihat, selesa dan sempurna. Jangan ada prasangka sesama insan,jangan ada hasad dengki dan cemburu, sebaliknya gunakan peluang yang singkat untuk berkongsi apa-apa kelebihan yang dipinjamkan Allah kepada kita dengan orang lain yang memerlukan. Hiduplah secara hormat-menghormati dan saling berkasih sayang kerana andainya ada penyesalan terhadap hari semalam yang kita bazirkan, maka gunakan hari baru dengan sebaiknya, kerana semalam takkan kembali, yang ada pada kita hanya hari ini dan esok pula sesuatu yang belum PASTI!

Tuesday, July 13, 2010

Rindu dan Kesepian itu Sakit!


Ada orang kata sepi itu indah. Rindu itu manis!Berlainan dengan saya yang kesepian dan kerinduan hari ini lantaran tinggal sendirian di jabatan. Aduh! Pada saya sepi ini sangat menyiksakan.Kerinduan itu menyakitkan! Sepanjang hari sendirian di jabatan tiada teman nak bersembang kerana kesemua rakan sejawat ada komitmen lain di luar. Mujurlah hari ini saya ada banyak kuliah. Mengajar dan jumpa pelajar, dapatlah berbalas percakapan, jika tidak pasti 'basi' air liur saya hari ini tambahan pula hari ini saya kurang sihat! Terasa masa lambat sangat berlalu hari ini. Teringat kepada rakan-rakan menggamit kerinduan tapi tak pasti sama ada mereka juga ingat dan rindu akan saya!

Monday, July 12, 2010

Wajah Mengukir Rahsia Hati!


Adab melambangkan kesopanan dan ketatsusilaan peribadi. Keperibadian melambangkan harga diri. Harga diri pula melambangkan nilai sebuah kehidupan.Sifat sombong atau takbur boleh dikenali sebagai dua jenis iaitu takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakan.Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya.Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan iaitu tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat orang lain. Begitulah lebih kurang situasi yang sempat saya saksikan ketika mengikuti sesi LPS petang ini. Secara peribadi saya membuat kesimpulan sesungguhnya manusia memang mudah lupa bahawa bahasa yang diucapkan mampu mengguris hati orang lain lantaran sifat semulajadi manusia yang sensitif dan peka kepada kehidupan! Kekadang saya cuba juga mendidik minda ini supaya memahami keadaan dan situasi... Tapi gagal!Justeru terpancarlah pemberontakan hati yang semakin lesu....!

Thursday, July 8, 2010

Sehari yang sibuk!




Hari ini kesibukan bekerja luar biasa sedikit. Dalam tempoh sehari ini saya telah bertugas di tiga buah IPG yang berlainan. Yang pertama pastinya di IPG KRM, keduanya seawal 7.30pagi saya, puan Timbalan Pengarah dan abang Im bergegas ke IPG Kampus Bahasa Melayu KL. Kami belajar melipat, menggulung, mengikat dan macam-macam lagilah sambil bercerita. Seronok dapat ilmu baru tetapi bimbang juga andai gagal menyampaikan kepada orang lain. 2.00 petang pula saya bergegas pula ke IPG Kampus Islam Bangi bersama-sama Badan Editorial Sinarama. Kalau nak ikutkan penat memang tak larat rasanya ikut para pelajar ni namun demi tugas dan tidak menghampakan mereka saya kuatkan juga semangat. Rupa-rupanya IPIS membuat persedian dan sambutan diluar jangkaan saya. Malu juga apabila ditanya, 'seorang saja ke pensyarah yang ikut'? Saya disambut dengan begitu meriah dan duduk di hadapan menjadi orang penting. Nasib baiklah Tuan Pengarah IPIS tidak berkesempatan hadir lantaran ada tugas yang lebih 'urgent'......Saya jadi VIPlah hari ini!

Monday, July 5, 2010

Bimbang WAJ 3104 tanpa 'team' mantap!


Minggu kedua kuliah, semakin membimbangkan dan kegusaran bermain-main di minda. Lantaran subjek wajib WAJ 3104 yang dianggap mudah tetapi sebenarnya amat rumit dan memerlukan komitmen yang tinggi antara pensyarah dengan para pelajar. Bimbang kerana pada semester ini hanya tiga orang sahaja yang mengajar pelajar yang jumlahnya hampir sama dengan pelajar tahun lepas. Risau sama ada mampukah melaksanakan tanggungjawab berat ini tanpa 'team' yang mantap seperti semester lepas. Semoga sentiasa ada kesudian daripada 'bekas team' untuk membantu insan yang lemah ini. Huh...risaunya!

Sunday, July 4, 2010

Kaya Jiwa Kaya Harta


Kata orang dunia ini ibarat roda kadang di atas kadang di bawah. Apabila di bawah wajah kita mencuka penuh dengan keluh kesah menjadi teman. Apabila di atas, bibir tersenyum biar kekadang hati resah gelisah. Lumrahnya hidup tidak akan ada manusia yang sentiasa duduk di atas dan tidak ada pula manusia yang sentiasa di bawah.Sudah namanya perjalanan hidup, perubahan demi perubahan pasti berlaku cuma yang membezakannya adakah perubahan perubahan itu membawa kita ke bawah atau mungkin kita memandng ke bawah. Mungkin kita tertanya-tanya apakah perubahan yang ada jika sudah bertahun kita duduk di bawah????!

Thursday, July 1, 2010

Terima Kasih Abang-Abang JPM


Kelalaian hari ini menyebabkan gagalnya 'bmw' kesayangan saya menjalankan tugasnya pada waktu balik. Namun masalah itu segera selesai lantaran adanya kesudian abang-abang JPM yang disayangi membantu. Jika tidak, terpaksalah balik lewat atau minta 'hubby' jemput.Syukur kepada Allah kerana diberi kemudahan ini.. Terimakasih abang. Saya sayang anda semua!