Cetusan Hati dan Dedikasi, Sayang Iz Kampung Daching, Negeri Sembilan,Malaysia

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010 (welcome twenty ten!)


Kepada semua rakan, pembaca blog dan semua yang mengenali;


Selamat Tahun Baru ......

Semoga permulaan Tahun Baru dimulai dengan ;

Keazaman Baru, Iltizam dan Tekad Tinggi....!

Wednesday, December 30, 2009

Tahun Baru 2010 dan Gerhana Bulan Separa


Beberapa jam sahaja lagi insyaallah kita akan berganjak ke tahun 2010. Cepat benar rasanya masa berlalu.... Yang pasti dalam keghairahan meraikan tahun baru, ada yang lupa bahawa sebenarnya kita perlu insaf dan bersyukur kerana pergerakan masa yang pantas ini menambahkan lagi peningkatan usia kita.... Semakin dewasa malah makin tua juga! Semoga semakin meningkatnya usia akan menambahkan kematangan kita untuk berfikir dan bertindak ke arah kebaikan dan sentiasa berusaha menjadi lebih baik daripada semalam. Semoga 2010 akan lebih membawa kegembiraan dan keceriaan untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh demi mendidik anak bangsa menjadi pendidik yang bertanggungjawab dan dedikasi!

Tahniah! kepada semua lulusan KPLI yang akan memulakan tugas mendidik anak-anak kecil pewaris negara.... Semoga jadi guru yang baik,dedikasi dan idola pujaan anak murid!Jangan lupa tingkatkan kemajuan diri dengan ilmu yang amat banyak dan luas. Tidak kiralah di mana anda di tempatkan, sematkan dalam hati bahawa anda sudah berjanji untuk menjadi guru.....

Seperkara lagi, tahun 2010 didahului dengan kejadian gerhana bulan separa. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini..... Lepas 'countdown' jangan lupa pandang ke langit!
SELAMAT TAHUN BARU 2010.

Thursday, December 24, 2009

Masih sayang dan tetap CINTA!




25 Disember 2009 genaplah 16 tahun usia perkahwinan kami dengan diserikan oleh tiga orang cahaya mata yang amat kami sayangi. Walaupun sudah hampir 20 tahun mengenali dan menyulam cinta, sehingga ke hari ini kami masih sayang dan saling mencintai seperti saat mula-mula jatuh cinta dulu.....
Syukur alhamdullillah, kami bahagia dan sentiasa direstui keluarga. Semoga hari-hari mendatang kehidupan kami sekeluarga akan sentiasa dilindungi dan diberkati Allah. Ya, Allah kurniakan kami sekeluarga kesihatan yang baik, kehidupan yang sejahtera, ketaatan kepadaMU, kasih sayang yang ikhlas, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam segala urusan yang baik.AMIN!


SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN SAYANG!

Wednesday, December 23, 2009

Bekerja dengan CINTA! .... 2010


Bila engkau bekerja dengan cinta

Itu bererti engkau menenun dengan sutera dari hatimu

Seakan kekasihmu sendiri yang mengenakannya

Itu bererti engkau menabur dalam kelembutan

memetik dengan suka cita,

Seakan kekasihmu sendiri yang menikmatinya

di meja perjamuan


Kerja adalah cinta yang nyata, kasih yang tampak

Dan jika engkau tak bisa bekerja dengan cinta,

tetapi dengan rasa enggan,

maka baiklah bagimu meninggalkan tempat kerjamu,

dan duduklah di pinggir jalan sambil mengemis sedekah,


Sebab jika engkau bekerja sambil bersungut-sungut,

sebenarnya engkau tengah membuat roti busuk yang

membuat sakit perut,


Dan jika engkau menyanyi seindah lagu bidadari

tetapi engkau berdendang tanpa cinta,

maka tembangnya hanya membuat bising telinga orang!


Dipetik dari ;

Khalil Gibran, 2000 Mumbai.


SELAMAT BEKERJA DENGAN CINTA DAN SELAMAT TAHUN BARU 2010

Monday, December 21, 2009

Cabaran untuk tahun 2010 lebih HEBAT!


Dalam Mesyuarat Staf Akademik 2010 yang diadakan pada 21 Disember 2009, banyak sangat hal-hal yang agak mengecewakan staf yang dibentangkan. Rentetan daripada kemelut ekonomi yang dihadapi oleh negara, nampaknya kita turut menerima tempias yang agak hebat juga. Rata-rata isu-isu yang dibangkitkan adalah mengenai 'kewangan' ! Potong sana-potong sini, main di halaman rumah dan macam-macam lagilah.....

Tapi saya yakin Jabatan Pengajian Melayu( JPM) di bawah naungan KJ Hjh Amanah dan KU Dr. K tidak akan 'potong' mana-mana program yang telah dirancang. Ahli-ahli JPM akan sentiasa memberi komitmen untuk melaksanakan apa-apa program yang dirancang yang mendatangkan kebaikan kepada para pensyarah dan para pelajar walaupun terpaksa menggunakan duit poket sendiri!!!

Semoga kejelekitan JPM akan berterusan dan sentiasa komited dalam melaksanakan tugas terutama sebagai pendidik yang mendidik bakal-bakal guru.

Hidup JPM !!!

Saturday, December 19, 2009

AWAS! Nafas terhenti ketika tidur


Setelah membaca rencana kesihatan oleh Julie Roshana dalam MW terdetik di hati untuk berkongsi maklumat dengan rakan pembaca blog. Menurut Julie;

Jika anda mendapati diri bernafas termengah-mengah atau kerap terjaga dari tidur sepanjang malam, anda berpotensi untuk mengalami APNEA TIDUR OBSTRUKTIF. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu berhenti bernafas semasa tidur untuk beberapa ketika (beberapa saat hingga melebihi satu minit) kerana saluran pernafasan yang tersekat sementara.

Keadaan yang berpotensi untuk membahayakan kesihatan ini boleh menyebabkan penghidapnya keletihan pada waktu siang dan cenderung untuk mengalami masalah kesihatan, walaupun selepas mendapat rehat secukupnya pada waktu malam.Gejala-gejala utama apnea tidur yang boleh anda sedar adalah seperti berikut:

* terlalu mengantuk pada waktu siang yang boleh menyebabkan seseorang itu tertidur ketika sedang bekerja atau memandu.

* Rasa letih pada waktu pagi.

*Rasa sakit kepala sebaik sahaja bangun tidur.

Kesan apnea tidur adalah;

*tekanan darah tinggi

*tekanan darah tinggi dalam paru-paru

*ritma jantung abnormal, kegagalan jantung, penyakit krononari arteri (CAD) atau strok.

*kemurungan.


Untuk mendapat maklumat lanjut bacalah MW (4-10 Disember 09)

Thursday, December 17, 2009

Ungkapan Sayang Buatmu Sahabat....!




And smile at least once a day!



At the end of the day... PRAY
........ and close your eyes




Hold on to good friends; they are few and far between




Seize the Moment







There is always someone who loves you more than you know





Share with friends







It will get better








Always be up for surprises










....and say 'I love you' often










Fall in love with someone..










Laugh often














Share a joke with friends











Believe in yourself













Give lots of kisses