Cetusan Hati dan Dedikasi, Sayang Iz Kampung Daching, Negeri Sembilan,Malaysia

Monday, January 25, 2010

Terima kasih atas kunjungan ziarah kasih...


Terima kasih..... saya dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih serta rasa terharu atas kunjungan kasih warga JPM yang diketuai Ketua Jabatan, Ketua Unit serta semua kekanda yang disayangi ke wad 430 Sri Angkasa, Hospital KPJ Seremban.
Kehadiran anda sekalian menceriakan Aiman yang sudah mula merungut kebosanan berada di wad.....
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa walaupun saya tahu anda semua ada banyak tugas dan komitmen yang perlu dilaksanakan.

Aiman sayangku, cepatlah sembuh.........

Sunday, January 24, 2010

Cepatlah Sembuh Sayangku Aiman...


23 Januari 2010 , Aiman ditahan di wad hospital KPJ Seremban. Sedih dan kesian mama melihat Aiman begini. Namun demi mendapat rawatan yang terbaik mama terpaksa benarkan doktor jalankan rawatan.... Sudah 4 botol air dimasukkan ke tubuhnya. Setiap tiga jam Aiman perlu ambil 'gas' untuk membantu mempermudah sistem pernafasannya.
Ya, Allah hanya padaMu, hambaMu ini berharap dan berdoa, berilah Aiman perlindungan, dan permudahkan Aiman menjalani rawatan semoga Aiman yang kusayangi ini cepat sembuh dan boleh menjalani ativiti hariannya yang proaktif setiap hari.... Aiman masih kecil dan dia belum mengerti apa-apapun tentang KEHIDUPAN!
Cepat sembuh ya sayang.!

Wednesday, January 20, 2010

Putera Puteri Kebanggaan dan Harapanku



Cepatnya masa berlalu. Tak sedar kini Aiman putera bungsu yang comel lagi nakal telah hampir sebulan menjejakkan kaki ke TADIKA AN NUR. Segala kerisauan yang bersarang di minda kami berakhir apabila si Comel ini berjaya mengubah jadual tidur dan dapat menyesuaikan diri dengan cepat ketika berada di sekolah. Aiman dah tak kisah cerita Hagemaru, dan lain-lain. Dia akan masuk tidur jam 9.00 malam dan bangun jam 6.00 pagi. Syukur alhamdullillah..... sebelum ini Aiman amat menggilai semua cerita kartun di siaran Astro 611. Dia akan tidur jam 3.00 atau 4.00 pagi dan bangun jam 12.00 atau satu tengah hari.......Sekarang tidak lagi! Tahniah AIMAN!
Puteri sulung dan putera tengah yang kami sayangi akan menduduki peperiksaan tahun ini. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayahNya agar dipermudahkan segala urusan anak-anakku ini dalam menuntut ilmu.
Berusahalah putera-putera dan puteriku, pasti anakanda akan berjaya!INSYAALLAH.

Saturday, January 16, 2010

Salam Takziah Kakak!


Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada Pn. Siti Normaniseh Zakaria atas pemergiaan ayahanda yang dikasihi ke rahmatullah. Semoga rohnya berada di samping orang yang beriman. Harap kak Manis sekeluarga redha dan bersabar dengan dugaan dan ketentuaan Allah ini.
Kesedihan kak Manis turut saya rasakan kerana sepanjang mengenali beliau rasanya persahabatan kami akrab ibarat adik-beradik.Banyakkan bersabar dan berdoa ye kak!Inilah ketentuan Allah yang tidak dapat kita nafikan! Innalillahhi wainnalillahirajiun....

Thursday, January 14, 2010

Ingin jadi PEMIDATO hebat?


" Orang yang bijaksana bercakap kerana ada sesuatu yang ingin disampaikan sedangkan orang yang kurang bijaksana bercakap hanya semata-mata untuk bercakap"
(Dato' Dr. Syed Ahmad)
Kebijaksanaan itu terletak pada akal,
Kepetahan itu terletak pada bicara,
Ketajaman itu terletak pada bahasa,
Keindahan itu terletak pada sastera,
Keunggulan itu terletak pada jiwa,
Kesucian itu terletak pada hati.
(Mohd. Hafezi:KESPA)

Kajian yang telah dijalankan di negara Barat dan pemerhatian yang telah dibuat di tanah air membuktikan bahawa kemahiran pengucapan awam atau pidato umum ini sebenanrya boleh dipupuk atau diasah melalui proses pembelajaran, pendedahan dan amalan dengan bantuan serta bimbingan daripada pemidato-pemidato yang terlatih di dalam bidang ini.

Berminat menjadi pemidato yang hebat? Daftarlah menjadi ahli Kelab Pengucapam Awam IPG Kampus Raja Melewar!- Jabatan Pengajian Melayu.

Tuesday, January 12, 2010

Mulanya di sini......


Mulanya di sini

kukenali dirimu

sehingga kini

sehingga ke akhir waktu.........


HARGAILAH SAAT-SAAT MANIS DI ALAM PPENGAJIAN....!

Sekali Berpengakap Terus Berpengakap


Selamat berkhidmat kepada semua pelajar KPLI yang telah memulakan tugas sebagai pendidik pada 4 Januari 2010 yang lalu. Semoga anda semua akan menjadi guru dan pendidik yang dedikasi serta dapat menyesuaikan diri walau di ceruk mana sekalipun anda dipostingkan. Yang pasti anda kini seorang guru.... Syabas dan tahniah!


Sebagai seorang pendidik tugas kita bukanlah setakat mengajar di dalam kelas tetapi meliputi juga tugas membentuk jiwa dan sahsiah anak didik kita agar mereka menjadi insan yang mulia , menghargai nilai kehidupan dan mengakui kebesaran Allah.


Selain itu, pastikan semua guru akan melaksanakan aktiviti ko-kurikulum dengan menyampaikan ilmu dalam bidang sukan,permainan,persatuan dan unit beruniform. Jalankanlah aktiviti yang sesuai seperti yang telah anda pelajari dan perolehi di IPG. Semoga aktitivi -aktiviti yang dilaksanakan dapat membantu membina rakyat Malaysia yang mengamalkan konsep 1 Malaysia......


Sekali Berpengakap Terus Berpengakap!

Selalu Sedia (PPK)