Cetusan Hati dan Dedikasi, Sayang Iz Kampung Daching, Negeri Sembilan,Malaysia

Thursday, November 26, 2009

Akhirnya aku saksikan sendiri......


Tengah malam 26 November 2009, huby aku dapat panggilan telefon daripada bekas student dia. Cikgu nak tengok 'SEJADAH BERDIRI'? Sekarang di rumah dia di Kg. Daching ni jugak. Aku, huby, emak, adik, adik ipar dan anak-anak terus pergi ke rumah dia.

Masyaallah. Sejadah memang betul-betul berdiri macam perempuan sembahyang betul-betul di hadapan pintu masuk rumahnya. Menggigil juga aku tengok. Tapi mungkin inilah kebesaran Allah.

However ada juga yang komen itu permainan 'black magic'. Wallahuallam. Yang pasti aku dah tengok sendiri!!!!

Wednesday, November 25, 2009

Kelas PGSR WAJ 3104

Hari ni mula kelas PGSR. Tapi badan tak berapa sihat....... Walau bagaimanapun tahniah dan syabas kepada guru-guru SR yang masih bersemangat meneruskan pengajian mereka. Simpan dalam hati bahawa anda golongan yang bertuah kerana diberi peluang mengikuti program ini......!Teruskan perjuangan anda. Lihat laman blog jpmrajamelwar pautan blog Dr. Khairuddin untuk lihat dan baca nota pameran.

Tuesday, November 24, 2009

Konvokesyen 24 Nov. 09

6.30 pagi bergegas dari rumah ke IPG. Dapat memo bertugas sebagai tutor di Majlis Konvokesyen di Dewan Seri Siantan, Putra Jaya.
Yang kelakarnya tiga orang tutor sahaja yang nak pergi tapi kena naik bas besar............En. Sharif bengang terus pusing dan tukar kenderaan. akhirnya kami g naik Waja.
Sampai di Putra jaya tu sedih sikitlah........... Pengurusan kaunter IPG K RM agak megecewakannnnnn!
Tahniah kepada semua graduan. Sah anda kini seorang pendidik. Semoga menjadi guru yang berjaya dan berkaliber.!

Monday, November 23, 2009

MKSP (Mahu Kerja Sampai Pengsan)

Isnin 23 Nov, rasa lega sikit sebab tak ada kelas KDC hari ni. Tapi pagi ni dapat sms daripada bos ISO. SMS dah jawab dan email pun dah hantar. Lepas tu bos telefon pulak minta laporan MKSP dalam bentuk 'hard copy' dan 'soft copy'. Sebenarnya laporan tu tiada pada saya sebab JK tak hantar pun pada saya.Tu yang sedih dan sedikit kecewa sebab kalau semua JK hantar awal kerja ni dapat disiapkan sebelum cuti bermula. Saya baru je nak masak untuk anak-anak dan suami. Tapi atas rasa tanggungjawab dan tak sampai hati nak biarkan bos saya tu buat kerja seorang saya pun minta izin suami pergi ke institut. Perjalanan dari rumah ke institut hampir satu jam. Saya janji akan sampai ke rumah pada pukul dua petang...............
Tapi rupa-rupanya ada lagi JK yang belum hantar, email tak boleh baca dan macam-macamlah. Bos saya buat kerja sambil asyik menyebut saya nak demam ni dan pening kepala. Saya pun dah mula jadi pening juga menyiapkan laporan tu. Katanya mesti siap sebelum pukul 5.Saya tak sempat makan pun hari ni.
Di JPM hanya ada Kak Peah seorang. Lepas tu datanglah kekanda saya dengan 5 orang angkatan tenteranya................. Hilanglah sikit tension!
Akhirnya siaplah juga laporan MKSP tu tepat jam 5.06 petang.
Bos saya amat bersyukur sebab laporan tu dapat dilengkapkan. Balik dan sampai di rumah jam 6.00 petang.Kesian anak-anak dan suami saya. Dah tu janji dengan mak nak pergi beli barang kenduri pun tak jadi. Semuanya sebab MKSPHarap pada masa akan datang JK akan hantar semua laporan ikut masa yang ditetapkan ye. Kesianlah pada kita orang...................................(Mahu kerja sampai pengsan!!!!) MKSP

Sunday, November 22, 2009

Seminar Linguistik Antarabangsa

Satu pengalaman yang amat berharga dan tak mungkin dilupakan apabila dijemput menjadi pembentang kertas kerja dalam seminar peringkat antarabangsa macam ni.......
Mulanya rasa macam tak percaya tapi sekarang dah percaya dah.
Terima kasih kepada Dr. Abdul Rashid Daing Melebek, Dr. Zaitul Azma Zainon (UPM) atas kepercayaan tuan.
Terima kasih kepada orang yang menyayangi diri ini, KJ serta rakan-rakan atas sokongan yang diberikan.
Menggeletar juga rasanya bila Dato' Kemala buat ulasan dan sedikit menguji ........................
Macam manapun hari itu memang hari yang bersejarah!
Syukur kepada Allah.

Tanah Tinggi Cameron yang masih indah.....

Lawatan ke Cameron Highlands bersama-sama guru-guru SKKD merupakan satu kenangan yang indah juga......
Tapi yang kelakarnya, ingatkan yelah sejuk sangat, rupanya sejuk lagi di kampung saya......he,he,he!
Buah strawbery yang dibeli pun tak boleh dimakan lagi apabila sudah sampai di rumah sebab dah jadi cair dan busuk. Jadi nak pesan pada sesiapa nak gi sana nanti jangan beli strawbery bawa balik tapi beli dan makan di sana sahaja okey.......

Salam pertemuan di laman blog

Saya Puan Faiziah Hj. Shamsudin, pensyarah akademik di Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban.
Selamat bertemu di laman blog yang istimewa ini. Kepada Ketua Jabatan, kekanda pensyarah-pensyarah kanan serta rakan-takan sejabatan selamat bercuti yang tidak cuti sebab kelas KDC yang banyak. Tapi jangan merungut ye, JPM memang hebat dan semua boleh. Betul kan....! Selamat menyambut Hari Raya Qurban. KORBAN JANGAN TAK KORBAN! Terutamanya kepada yang kaya raya tu..... he,he,he, jangan marah yo!
Kepada para pelajar dan pengunjung blog yang lain selamat Hari Raya Aidil Adha.Jaga diri baik-baik dan jaga peribadi anda sebagai bakal pendidik....
Satu perkara lagi, kepada semua pengunjung blog jangan lupa datang ke rumah saya di Kampung Daching, Ulu Beranang pada 13 Disember 2009 nanti. Makan kenduri ye!!!! Datang jangan tak datang pulak. Bawa keluarga sesama ok....
Yang lama tak jumpa salam rindu di laman blog ajelah.!!!!