Cetusan Hati dan Dedikasi, Sayang Iz Kampung Daching, Negeri Sembilan,Malaysia

Wednesday, February 24, 2010

Ketampanan dan Kecantikan dari dalam,....


Tanpa kita sedar sebenarnya unsur kecantikkan dan ketampanan datang daripada dalam diri seseorang, walaupun yang dilihat zahirya adalah pada wajah yang cerah,senyuman yang manis,renungan yang menenangkan jiwa dan aturan kata yang indah. Namun sebenarnya semua itu datang daripada unsur kecantikan dan ketampanan dalam diri seorang individu.Kelebihan dan perbezaan manusia daripada jenis makhluk lain adalah manusia itu bilamana bergerak, maka daripada gerak gerinya itu timbul dari dalam, bukannya datang dari luar. Segala usaha perlakuan dan gerak-geri semuanya itu timbul daripada suatu maksud yang tertentu dan datang daripada suatu perasaan yang tinggi,yang mempunyai kekuasaan penuh dalam dirinya....!

Jangan lupa tengok cermin untuk pastikan anda tetap cantik dan tampan!

Sunday, February 21, 2010

KJ Celup......!


Pengalaman ini nak dikatakan indah tidaklah juga, tapi menjadi satu pengalaman dan pengajaran penting kepada saya. Selama tiga hari dua malam bermesyuarat di Concorde Inn, Sepang menggantikan KJ yang tidak dapat hadir memberi sedikit sebanyak peluang kepada saya berkenalan dan beramah mesra dengan KJ-KJ dari IPG lain. Mesyuarat KPKI ini selain telah memberikan penjelasan yang lebih baik kepada saya sebagai penyelaras juga telah memberi 'title' KJ CELUP kepada saya.
Hal ini kerana, yang menghadiri mesyuarat semuanya KJ JPM kecuali saya dan seorang lagi rakan dari IPG Tuanku Afzan.Pada mulanya agak kekok juga berada dalam kalangan orang atasan ini tetapi sedikit demi sedikit saya dan rakan dapat juga menyesuaikan diri.
Seronok juga apabila mendengar para KJ berbalah pendapat dan cuba menunjukkan kebolehan masing-masing. Selain KJ yang hadir dalam mesyuarat KPKI ini adalah para pensyarah kanan.
Saya selaku pensyarah kiri rasa amat kerdil berada di tengah-tengah para pakar ini. Walau bagaimanapun mereka semuanya baik dan tidak lokek dengan ilmu pengetahuan yang dimilik.
Selaku KJ CELUP saya berasa amat bangga akan KU JPM (Dr. K) yang telah berjaya menyediakan modul KPKI yang terbaik dan berjaya membentangkan modulnya itu dengan mendapat tepukan gemuruh daripada para KJ yang hadir. Tahniah Dr. K. Anda memang hebat!
Cuma rasa sedikit terkilan kerana terpaksa bertugas walaupun cuti telah berganti. Rasa bersalah juga pada keluarga khasnya suami dan ibu mertua. Maaffffff.....saya terpaksa kerana arahan tugas!

Sunday, February 14, 2010

Erti Persahabatan....


Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan juga perlu kawan sebagai kekuatan.
Kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Persahabatan ibarat satu janji yang dibuat dalam hati.... tak dapat ditulis... tak dapat dibaca....
Namun takkan terpisah dek jarak ....
Takkan berubah dek masa....
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan tetapi persahabatan tidak akan ada tanpa rasa hormat.
Inilah yang membuatkan sesuatu persahabatan itu lebih berharga daripada CINTA!

Sekali kita berkawan.......!
Indahnya mengenalimu!

Friday, February 12, 2010

Senyum adalah sedekah!


Senyum merupakan aktiviti emosionall diekspresikan melalui wajah dengan menggunakan bahagian wajah terutama bibir yang ditarik. Jika ditelaah lebih dalam ternyata senyum merupakan satu bahasa tubuh/bahasa non verbal yang dapat digunakan untuk memberikan pesan. Pesan yang mengandungi unsur emosi yang sangat dalam.
Kebanyakan orang senyum untuk menampilkan kebahagian dan rasa yang senang. Senyum datang dari rasa kebahagian. Senyum itu ubat kegelisahan hati, pelipur kesedihan jiwa,pencerah kekusutan fikiran dan penyegar kepenatan badan.
Oleh itu senyumlah....
Senyum dapat melancarkan rezeki kerana senyum itu adalah sedekah.

Senyum dikala bahagia itu biasa,
Senyum melihat suatu keindahan itu memang semestinya
Senyum ketika mendapat nikmat itu memang seharusnya
Yang LUAR BIASA adalah tetap senyum dikala menghadapi kesusahan....!

kepada yang ingat dan merindu....Senyumlah...

Thursday, February 11, 2010

Hijau dan Ketenangan ......


Warna hijau sebenarnya lambang ketenangan. Andainya anda sedang runsing, susah hati ataupun kecewa.... cuba lontarkan pandangan mata anda pada sesuatu yang berwarna hijau. Pasti jiwa anda akan tenteram ........

Lihat saja tiga beradik di JPM yang serba hijau ini...... nampak tenangkan!

Tuesday, February 9, 2010

Berkomunikasi lebih susah daripada bercakap....


Petah menyusun kata-kata atau bercakap adalah satu bakat yang boleh dimiliki sesetengah individu. Sebenarnya apabila seseorang itu menarik kerana pandai bercakap, dia bukan sahaja pandai bercakap tetapi pandai berkomunikasi.Unsur seseorang pandai bercakap berasal daripada kepandaian menyusun perkataan dan pancaran ilmu pengetahuan tentang apa yang diperkatakan.
Oleh itu orang suka apabila mendengar dia bercakap.Orang tertarik hati dengan jenakanya, isi nasihatnya dan juga personalitinya....!

Monday, February 8, 2010

Tidak perlu tunggu jadi model untuk jadi menarik.....


Ramai orang mahu menjadi menarik.Mereka ada daya penarik dalam diri mereka tetapi mereka tidak perasan.
Media kuat menyogok orang ramai tentang seseorang yang menarik. Maka para selebriti dipertontonkan bagi memperagakan barangan berjenama. Akhirnya mereka menjadi trand setter kepada individu yang menarik. Bilakah kita akan jadi seperti DiCaprio ataupun Cameron Diaz? Jawapannya lebih baik kita lupakan sahaja mimpi itu . Lihat diri kita yang sekarang dan katakan pada diri kita, kita sebenarnya seorang yang menarik tetapi kita sahaja tidak perasan. "Sesungguhnya Allah menjadikan manusia sebaik-baik kejadian"

Walau apapun penampilan fizikal seseorang, jangan risau kerana Allah menciptakan manusia dengan tidak sia-sia. Ada yang suka putih ada pula yang suka hitam manis.....

Lihat sahaja warga JPM yang sememangnya amat menarik,kacak,anggun lagi ceria!

Saturday, February 6, 2010

Manja....


Wanita yang berkelakuan manja ada daya penarik tersendiri. Wanita yang berkelakuan lemah lembut menjadikan semua perkara dalam bentuk dan ruang kemanjaan.Hamka menulis dalam novelnya "Kau mengajarku dalam kemanjaan sehingga aku sayang, aku cinta dan aku rindu pada dunia ini kerana kau"......
Mengapa wanita menjadi manja? Sebenarnya lelaki memiliki sifat semulajadi melindungi dan sifat semulajadi wanita hendak dilindungi. Apabila wanita bermanja dengan seorang lelaki, maka dia sedang membuka fungsi lelaki melindungi dan lelaki berasa dirinya berharga sebagai seorang LELAKI....!

Thursday, February 4, 2010

Mata yang Senyum


Mata yang tersenyum.
Mata orang yang tersenyum daripada senyuman hati dapat dilihat apabila matanya mengecil. Bersertakan senyuman, matanya mengecil dan dia merenung ke dalam mata orang lain yang dia berjabat tangan ataupun bertemu. Sebaliknya orang yang bersalaman bukan daripada hatinya, mata tidak mengecil. Mengapa mata menjadi kecil?Pakar bahasa badan Allan Pease dalam kajiannya mendapati bahagian otot muka kita bergerak secara berkumpulan apabila kita mengalami satu-satu perasaan. Contohnya sekiranya seseorang dalam keadaan terkejut, matanya terbuka besar, keningnya menaik dan mulutnya terbuka luas. Sama juga seperti senyuman hati. Apabila seseorang senyum, maka otot muka dan matanya sekali bergerak secara konsisten dengan otot pipinya. Dalam erti kata mudah, senyuman dari hati datang dengan pakej senyuman pada mata sekali.....

BICARA HATI DIPERLIHAT PADA BICARA MATA...... SENYUMLAH!

Senama bakal peneraju negara.....


Generasi muda yang bakal meneraju negara pada masa akan datang memerlukan bimbingan dan perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa, keluarga terdekat dan masyarakat setempat.

Selain itu, guru memainkan peranan penting dalam pembentukan jiwa dan identiti bakal peneraju negara ini. Di bahu kitalah terbebannya tanggungjawab berat ini demi memastikan negara kita Malaysia akan terus dipimpin oleh golongan yang berilmu, berakhlak mulia dan seimbangan dalam perkembangan JERIS.(Jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial).

Senama, Aiman yang kini baru memulakan persekolahan di TADIKA tidak mustahil akan menjadi Perdana Menteri pada suatu hari nanti......

Semoga kedua-dua Aiman membesar dengan sihat, ceria, cerdik dan cerdas. Aiman bin Amran anakandaku sayang dan Aiman Nasir anakanda Pn. Siti Fatimah yang juga seorang guru......