Cetusan Hati dan Dedikasi, Sayang Iz Kampung Daching, Negeri Sembilan,Malaysia

Tuesday, April 27, 2010

Melayu oh Melayu!


Menghadiri Persidangan Meja Bulat bersama-sama KPM pada 27 April 2010 merupakan satu pengalaman yang amat bermakna bagi saya. Apakan tidaknya, duduk dikelilingi para intelektual ' politikal dan kenamaan-kenamaan yang namanya memang 'besar' di mata masyarakat Malaysia. Isu yang paling menarik perhatian saya merupakan satu isu yang diutarakan oleh seorang intelek bukan Melayu dari Sarawak Bumi Kenyalang. Antara lain katanya, "sepatutnya kita tidak perlu pun buat persidangan seperti hari ini kerana tanah air ini sememangnya sudah mutlak Tanah Air Melayu, raja, sultan dan pemimpinnya orang Melayu.Jadi siapa sebenanrya yang merosakkan bahasa Melayu sehingga perlu diadakan persidangan untuk memartabatkan semula bahasa Melayu?"
Turut menyentuh perasaan saya, rata-rata golongan intelektual menyalahkan para pendidik di sekolah yang katanya gagal mendidik anak murid menggunakan bahasa Melayu dengan betul lantaran penggunaan bahasa Melayu guru-guru itu sendiri tidak mengikut norma yang benar. Siapa yang harus dipertanggungjawabkan dalam hal ini sebenarnya? Sebagai pendidik guru, sedikit-sebanyak saya rasa tercabar juga apabila produk yang dihasilkan dari IPG diperlekehkan atau mungkin produk itu sendiri memang tiada kualitinya. Lebih menyedihkan dan memalukan apabila ada orang Melayu dengan bangga menyatakan bahawa dia berasa 'GELI' apabila berbahasa Melayu!
Kesimpulannya dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu ini, kita semua sebenarnya memikul tanggungjawab yang maha berat lagi besar!Apa dan bagaimana agaknya MELAYU pada 10 tahun akan datang?

Sunday, April 25, 2010

Saling menghargai perlu dalam hidup ini!



Hidup bukan hanya untuk diri sendiri.Andai kita hayati lebih mendalam, maka ada makna tersembunyi yang lebih luas. HIDUP bukanlah semata-mata untuk diri kita sendiri, melainkan memberikan manfaat bagi orang lain dan kehidupan. Hidup kita ini sangat mengagumkan dan kita perlu menghargai hidup ini. Menghargai HIDUP bererti menggunakan hidup untuk memberikan manfaat bagi orang lain.Mereka yang menghargai HIDUPnya, akan lebih dekat dengan kemudahan dan keberuntungan dalam hidupnya. Sebaliknya mereka yang tidak menghargai HIDUPnya, hanya memikirkan dirinya sendiri, akan lebih dekat dengan kesulitan dalam kehidupannya.Satu cara menghargai hidup adalah dengan melepaskan energi positif yang banyak. Bermakna kita banyak melakukan kerja-kerja positif. Memandang hidup ini dari kaca mata positif.Kita pasti rasa bahagia pada saat berjaya menolong orang yang kesusahan.Sesungguhnya itulah kebahagian yang menyentuh aspek spiritual.Banyak hal yang boleh dilakukan untuk melepaskan energi positif ini, antaranya mungkin kita ada semangat, idea, cadangan bagi orang lain, maka berkongsilah dengan orang lain. Semakin banyak kita melakukan kerja positif, semakin banyak energi positif yang keluar dan semakin banyak yang akan kita terima kembali.Mungkin kita akan menerimanya dalam bentuk kebahagian hati, kepuasan jiwa, ketenangan hidup, kemudahan rezeki dan segala yang membahagiakan!

Wednesday, April 21, 2010

Bertamu di kalbu...(Kecantikkan Lelaki)


Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.Lelaki yang cantik adalah;
1. Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun.
4. Lelaki yang tenang dan berlapang dada.
5. Lelaki yang baik sangka.
6. Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikaan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati yang sentiasa bertamu di kalbu...!

Friday, April 9, 2010

Carilah damai di hati....


Mendengar perkhabaran seorang daripada ahli keluarga JPM berhasrat memohon bertukar tempat kerja, mulanya sukar diterima. Namun demi keselamatan dan kepentingan yang lain kenyataan itu terpaksa jua diiyakan. Cuma tanpanya kemungkinan JPM dilanda kesunyian, kerana beliau adalah penyeri dan penghibur di kala kesibukan tugas melanda.Sukar juga digambarkan bila beliau tidak bersama-sama JPM lagi, sukar juga membendung perasaan andai rindu bertandang....Semoga keputusan yang menjadi pilihan akan memberi kedamaian pada hati dan jiwanya yang selama ini mungkin kegelisahan. SELAMAT MAJU JAYA ABANG!.Moga ada lagi titik pertemuan dan jadikan Impiana Resort, Morib sebagai kenangan.

Thursday, April 8, 2010

Aku dan SINARAMA...


Kepercayaan para pelajar memilih aku sebagai penyelaras kepada majalah Sinarama kelolaan mereka sebenarnya sedikit sebanyak menguji kemampuan aku sebagai pemimpin. Memang sebelum ini aku pernah menguruskan penerbitan majalah sekolah tetapi pengurusannya bukanlah secara total daripada aku sendiri. Namun atas kepercayaan mereka Sidang Editorial, aku akan cuba memberikan sepenuh komitmen juga kepada usaha-usaha para pelajar ini. Semoga apa-apa yang mereka rancang dan laksanakan mendapat sokongan daripada pihak pengurusan institut dan membuahkan hasil yang cemerlang.

SINARAMA .... semoga berjaya!

Wednesday, April 7, 2010

Semoga Berjaya Kekanda-kekandaKu...





Setelah kembali dari mengikuti Pertandingan Pidato Intergriti peringkat kebangsaan di IIM KL, aku menyaksikan pula kesibukan dan kesungguhan kekanda-kekandaku di JPM menyedia dan melengkapkan tugasan masing-masing untuk menduduki PTK 48 pada 17hb. April nanti.Walaupun dalam pertandingan pidato lalu Syafiq gagal terpilih memduduki tempat lima terbaik, namun aku tetap berpuas hati hati beliau telah berjaya berdiri di pentas kebangsaan. Manakala untuk kekanda-kekandaku, Pn. Manis, Dr. Maridah, Dr. Maria, abang Azmi dan abang Im... aku yakin mereka telah benar-benar bersedia untuk menduduki peperiksaan tersebut. Berkat kesungguhan dan ketekunan masing-masing mentelaah dan menyiapkan tugasan insyaallah akan membuahkan hasil yang membanggakan. Manakan tidak, sepanjang hari mereka begitu khusyuk menghadap komputer riba masing-masing hingga TERLUPA nak berbual-bual dengan aku. Sebenarnya aku beras malu juga dengan mereka kerana aku masih berada di gred yang rendah berbanding dengan mereka semua. Namun demi melaksanakan tugas yang diamanahkan aku akan cuba memberikan khidmat terbaik setanding dengan mereka juga. Doaku semoga kekanda-kekanda yang aku SAYANGI ini akan lulus dengan cemerlang dalam PTK yang akan diduduki nanti.....Insyallah!

Sayang Iz: Selalu ingat kata Abraham Lincon" Jangan tanya apa negara bagi pada kita tapi tanya diri kita apakah sumbangan kita kepada negara".

Sunday, April 4, 2010

Kali pertama selepas 40 tahun....



Demi memenuhi permintaan suami, pada malam minggu yang lalu, aku, suami dan anak telah menjejakkan kaki ke Stadium Paroi Seremban untuk menyaksikan pertandingan sengit antara pasukan bola sepak NS dengan Selangor.Setelah hampir setengah jam berlegar-legar mencari tempat pakir akhir adalah seorang insan berhati mulia membenarkan kami mempakir 'Exora' kami dalam garaj kereta dia. Terima kasih insan berhati mulia.Ramai rakan suami turut hadir. Ada juga yang bawa isteri.
Sepanjang mengikuti sesi perlawanan, sebenarnya aku berasa amat tidak selesa kerana suasana yang sangat bising, bau asap rokok yang menyucuk dan duduk dikelilngi pelbagai jenis manusia yang menjadi penonton setia pertandingan bola sepak. Sepanjang hayatku inilah kali pertama aku menyaksikan perlawanan ini secara 'life'.
Rasanya inilah kali pertama dan kali terakir kerana aku sedar bahawa keadaan sebegini takkan sesuai dengan jiwaku. Kepada suami, janganlah beli tiket lagi untuk aku menyaksikan perlawanan seperti ini.
Walau apapun aku anggap ini sebagai pengalaman yang takkan dilupakan. Malam tu NS kalah tapi tetap layak ke final untuk Piala FA yang akan diadakan di Bukit Jalil. NS akan bertemu dengan Kedah.