Cetusan Hati dan Dedikasi, Sayang Iz Kampung Daching, Negeri Sembilan,Malaysia

Monday, May 31, 2010

Imbauan Kenangan ....Romantis



Dinobatkan sebagai 'Keluarga Paling Romantis' dalam Majlis Hari Keluarga JPM 2010, sedikit sebanyak mengimbau kembali rentetan kenangan yang maha indah antara kami berdua. Lebih kurang 17 tahun nan lalu, anugerah 'pasangan paling romantis' menjadi milik kami tatkala rakan-rakan sepengajian sering mengusik kami lantaran kisah cinta kami yang menjadi 'bench mark' kepada warga MPKI pada masa itu.Bukan setakat rakan malah para pensyarah juga tahu dan merestuinya....
Terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan insan yang penyayang dan amat mengambil berat tentang aku.Syukur kerana perjalanan hidup kami sentiasa aman, bahagia dan ceria bersama-sama puteri dan putera yang kami sayangi disamping keluarga yang merestui.Semoga kehidupan ini terus bersinar disirami kasih dan sayang yang berpanjangan....

Thursday, May 20, 2010

Cantik di hati


Catatan yang ringkas tetapi perlu penghayatan dan pemahaman yang luas....

Cantik di hati:

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini
kerana ......
setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh
dan....
setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

Akal itu menteri yang menasihati,
Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
Kesenangan itu satu masa yang akan ditinggalkan....

Tuesday, May 18, 2010

Sambutan Hari Guru dan Bakat Murid


Sempena sambutan Hari Guru peringkat SKKD yang diadakan pada 17 Mei 2010 yang lalu telah berjaya mencungkil bakat-bakat terpendam yng dimilki murid-muridnya. Hal ini termasuklah bakat yang dimilki 'hero' kebanggaan saya. Saya bangga dengan kebolehan dan komitmen yang ditunjukkannya sempena meraikan cikgu-cikgu yang disayangi itu. Kalau sebelum ini Amirul sangat 'segan' dan selalu enggan berada di pentas tetapi tahun ini dia buktikan bahawa sebenarnya dia berbakat dan memang boleh buat. Selain memegang watak utama dalam sketsa 'Hang Tuah' Amirul turut memainkan peranan sebagai peneraju majlis pada hari tersebut.Sekalung penghargaan kepada guru-guru yang berjaya memujuk dan melatih Amirul melaksanakan tanggungjawab yang besar dan selalunya enggan dilaksanakannya.
Syabas sayang,mama bangga dengan keberanian dan kebolehanmu dan mama yakin Amirul akan jadi pemimpin yang berjaya suatu hari nanti!
Terima kasih cikgu.

Sunday, May 16, 2010

kEBANGGAN SEORANG GURU


"Saya sanggup berkhidmat dimana-mana jua tuan, di pedalaman Sabah mahupun Sarawak. Sekolah Orang Asli pun sanggup..." Itulah janji yang diucap sewaktu panel penemuduga mengajukan soalan kepada calon-calon yang berhajat menjadi guru!
Ketahulilah sesungguhnya untuk menjadi seorang guru yang berjaya tugas kita bukan setakat menyampaikan ilmu tetapi lebih daripada itu.Kita adalah model kepada kain-kain putih yang mahu dicorakkan. Kitalah adalah ibu atau bapa kepada setiap anak yang menjadi murid di tempat kita bertugas.Mendidik, membimbing dan mencorak kehidupan insan suci itu adalah tanggungjawab yang maha berat yang sepatutnya kita laksanakan sepanjang kita dipanggil 'cikgu'.
Berjaya melahirkan murid ynag dapat 5A dalam UPSR, 9A dalam PMR dan 10A1 dalam SPM belum pasti membuktikan kita seorang guru yang cemerlang dan berjaya. Kejayaan itu lebih bermakna apabila cikgu dapat menjadikan murid yang tak tahu membaca kepada tahu membaca, tak pandai menulis kepada pandai menulis, buta kira-kira jadi celik semua formula. Dunia akan terpegun apabila mendengar 'yang dapat 5A tu adalah bekas murid kelas pemulihan' ...... alangkah besarnya kejayaan CIKGU!
Seorang guru yang berjaya mampu membentuk jiwa anak murid yang mulanya kurang ajar, malas, dan apa-apa yang tidak baik menjadi seorang insan yang lebih bersopan santun, rajin dan apa-apa yang baik...
Guru yang cemerlang sepenuh jiwanya adalah guru, setiap detik perjalanan hidupnya akan memikirkan anak muridnya, sekolahnya dan apa-apa yang berkaitan dengan tugas gurunya....dan yang teramat penting CIKGU tidak 'mencuri' waktu muridnya untuk buat kerja yang lain!
TAHNIAH kepada semua guru semoga anda adalah guru yang sejati. SELAMAT HARI GURU....DAN TERIMA KASIH CIKGU YANG TELAH MENGAJAR AKU DARIPADA TAK TAHU KEPADA AKU YANG HARI INI..

Wednesday, May 12, 2010

Yang Terindah


Semenjak kau hadir dalam hidupku
tiada lagi keresahan
kau mengetuk pintu hatiku
tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
kau yang ilhamkan bahagia
hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
tika bahagia mula menjelma
bila keyakinan datang merasa
kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
merindui dirimu
memiliki diriku
hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta kau
yang memberi rasa
kau yang ilhamkan bahagia
hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku terasa indah...

Sunday, May 9, 2010

Hargailah Pengorbanan Ibu!


"Ibu.... kaulah segala bagi kami. Tanpa dirimu, siapalah kami. Tiada sebarang sesuatu pun yang boleh menggantikan tempatmu ibu...."
Selamat Hari Ibu kepada semua insan yang bergelar ibu. Sekalung doa semoga setiap titik peluh serta derita yang diharungimu mendapat tempat di sisi Allah swt...Sebagaimana yang diketahui, kedudukan ibu begitu tinggi nilai serta martabatnya pada pandangan Allah.Sepertimana kalam Allah yang terpateri di dalam Al-Quran yang berbunyi:
"Dan TuhanMu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa." (Surah al-Isra:ayat23)
Begitulah tinggi sanjungan dan istimewanya penghormatan Islam terhadap martabat dan kedudukan ibu. Tanpa ibu, siapalah kita. Semua makhluk mempunyai ibu. Tiada satu makhluk pun yang tidak mempunyai ibu hatta tumbuhan yang membiak melalui pertunasan pun membiak melalui induknya. Siapa induk itu? Induk itulah ibu.Maka sayangi dan hargailah IBU kita....SELAMAT HARI IBU!

Tuesday, May 4, 2010

Sukarnya menumpang kasih...


Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang dilengkapi akal dan fikiran. Kemanusiaan adalah saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain. Berfikir sebelum bertindak, beringat sebelum berkata-kata adalah tunjang kepada keharmonian hidup kerana kehidupan menuntut kepada saling menghargai.Tergurisnya hati dan perasaan yang mengundang gugurnya air mata menjadi luka yang dalam. Walaupun sembuh parutnya tetap tinggal jua.Sejuta kemaafan tak mungkin dapat membalutnya.
Manusia kekadang terlupa, siapa dirinya, tanggungjawab dan tugas yang perlu dilaksanakan.Dalam meniti kehidupan yang pasti bernoktah ini, perlu diisi dengan melunaskan janji kepada yang berhak.
Semoga perjalanan hidup kita lebih harmoni, selesa dan bahagia dengan restu Allah yang Esa, dan menumpang kasih sesama manusia!

Saturday, May 1, 2010

Guru Sejati!


Sebenarnya telah beberapa kali juga JPNS dan PPD Seremban menawarkan jawatan kepada suami yang saya sayangi ini. Namun semua tawaran itu akhirnya ditolak mentah-mentah oelh beliau. Kekadang saya pun hairan juga kenapa dia begitu. Alasannya hampir sama setiap kali menolak tawaran. Katanya " murid-muridnya dalam Tahun 6 akan menduduki UPSR tak lama lagi, dia tak boleh tinggalkan murid-muridnya itu...." seolah-olah murid-murid di sekolahnya itu tidak dapat menduduki peperiksaan andainya dia bertukar atau berpindah ke tempat lain.Gayanya macam tidak ada guru lain yang boleh mengajar murid-murid di sekolah itu.
Dalam tenang saya membuat kesimpulan sendiri, bahawa sesungguhnya suami saya ini merupakan seorang guru yang benar-benar memiliki HATI guru. Tidak hairanlah hampir 18jam daripada 24jam seharinya digunakan untuk murid-murid dan sekolahnya. Mungkin itulah kepuasan dalam hidupnya. Beruntung dan bertuahlah murid-murid yang mendapat guru seperti beliau, beruntung juga sekolah yang ada guru seperti suami saya ini.
Cuma kekadang saya kecewa juga apabila bertemu dengan bekas murid-muridnya yang telah berjaya lagaknya seolah-olah tidak kenalpun pada beliau.
Doa dan harapan saya semoga suami saya ini telah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan supaya tidak ada kekecewaan dan penyesalan di kemudian hari. Semoga usaha murni beliau akan terus direstui Allah dan dibalas kebaikan daripada Allah swt hendaknya.

Sayang Iz: Harap setianya kepadaku tidak luntur seperti setianya kepada SKKD!