Cetusan Hati dan Dedikasi, Sayang Iz Kampung Daching, Negeri Sembilan,Malaysia

Monday, November 23, 2009

MKSP (Mahu Kerja Sampai Pengsan)

Isnin 23 Nov, rasa lega sikit sebab tak ada kelas KDC hari ni. Tapi pagi ni dapat sms daripada bos ISO. SMS dah jawab dan email pun dah hantar. Lepas tu bos telefon pulak minta laporan MKSP dalam bentuk 'hard copy' dan 'soft copy'. Sebenarnya laporan tu tiada pada saya sebab JK tak hantar pun pada saya.Tu yang sedih dan sedikit kecewa sebab kalau semua JK hantar awal kerja ni dapat disiapkan sebelum cuti bermula. Saya baru je nak masak untuk anak-anak dan suami. Tapi atas rasa tanggungjawab dan tak sampai hati nak biarkan bos saya tu buat kerja seorang saya pun minta izin suami pergi ke institut. Perjalanan dari rumah ke institut hampir satu jam. Saya janji akan sampai ke rumah pada pukul dua petang...............
Tapi rupa-rupanya ada lagi JK yang belum hantar, email tak boleh baca dan macam-macamlah. Bos saya buat kerja sambil asyik menyebut saya nak demam ni dan pening kepala. Saya pun dah mula jadi pening juga menyiapkan laporan tu. Katanya mesti siap sebelum pukul 5.Saya tak sempat makan pun hari ni.
Di JPM hanya ada Kak Peah seorang. Lepas tu datanglah kekanda saya dengan 5 orang angkatan tenteranya................. Hilanglah sikit tension!
Akhirnya siaplah juga laporan MKSP tu tepat jam 5.06 petang.
Bos saya amat bersyukur sebab laporan tu dapat dilengkapkan. Balik dan sampai di rumah jam 6.00 petang.Kesian anak-anak dan suami saya. Dah tu janji dengan mak nak pergi beli barang kenduri pun tak jadi. Semuanya sebab MKSPHarap pada masa akan datang JK akan hantar semua laporan ikut masa yang ditetapkan ye. Kesianlah pada kita orang...................................(Mahu kerja sampai pengsan!!!!) MKSP

No comments:

Post a Comment