Cetusan Hati dan Dedikasi, Sayang Iz Kampung Daching, Negeri Sembilan,Malaysia

Sunday, February 21, 2010

KJ Celup......!


Pengalaman ini nak dikatakan indah tidaklah juga, tapi menjadi satu pengalaman dan pengajaran penting kepada saya. Selama tiga hari dua malam bermesyuarat di Concorde Inn, Sepang menggantikan KJ yang tidak dapat hadir memberi sedikit sebanyak peluang kepada saya berkenalan dan beramah mesra dengan KJ-KJ dari IPG lain. Mesyuarat KPKI ini selain telah memberikan penjelasan yang lebih baik kepada saya sebagai penyelaras juga telah memberi 'title' KJ CELUP kepada saya.
Hal ini kerana, yang menghadiri mesyuarat semuanya KJ JPM kecuali saya dan seorang lagi rakan dari IPG Tuanku Afzan.Pada mulanya agak kekok juga berada dalam kalangan orang atasan ini tetapi sedikit demi sedikit saya dan rakan dapat juga menyesuaikan diri.
Seronok juga apabila mendengar para KJ berbalah pendapat dan cuba menunjukkan kebolehan masing-masing. Selain KJ yang hadir dalam mesyuarat KPKI ini adalah para pensyarah kanan.
Saya selaku pensyarah kiri rasa amat kerdil berada di tengah-tengah para pakar ini. Walau bagaimanapun mereka semuanya baik dan tidak lokek dengan ilmu pengetahuan yang dimilik.
Selaku KJ CELUP saya berasa amat bangga akan KU JPM (Dr. K) yang telah berjaya menyediakan modul KPKI yang terbaik dan berjaya membentangkan modulnya itu dengan mendapat tepukan gemuruh daripada para KJ yang hadir. Tahniah Dr. K. Anda memang hebat!
Cuma rasa sedikit terkilan kerana terpaksa bertugas walaupun cuti telah berganti. Rasa bersalah juga pada keluarga khasnya suami dan ibu mertua. Maaffffff.....saya terpaksa kerana arahan tugas!

No comments:

Post a Comment