Cetusan Hati dan Dedikasi, Sayang Iz Kampung Daching, Negeri Sembilan,Malaysia

Saturday, May 1, 2010

Guru Sejati!


Sebenarnya telah beberapa kali juga JPNS dan PPD Seremban menawarkan jawatan kepada suami yang saya sayangi ini. Namun semua tawaran itu akhirnya ditolak mentah-mentah oelh beliau. Kekadang saya pun hairan juga kenapa dia begitu. Alasannya hampir sama setiap kali menolak tawaran. Katanya " murid-muridnya dalam Tahun 6 akan menduduki UPSR tak lama lagi, dia tak boleh tinggalkan murid-muridnya itu...." seolah-olah murid-murid di sekolahnya itu tidak dapat menduduki peperiksaan andainya dia bertukar atau berpindah ke tempat lain.Gayanya macam tidak ada guru lain yang boleh mengajar murid-murid di sekolah itu.
Dalam tenang saya membuat kesimpulan sendiri, bahawa sesungguhnya suami saya ini merupakan seorang guru yang benar-benar memiliki HATI guru. Tidak hairanlah hampir 18jam daripada 24jam seharinya digunakan untuk murid-murid dan sekolahnya. Mungkin itulah kepuasan dalam hidupnya. Beruntung dan bertuahlah murid-murid yang mendapat guru seperti beliau, beruntung juga sekolah yang ada guru seperti suami saya ini.
Cuma kekadang saya kecewa juga apabila bertemu dengan bekas murid-muridnya yang telah berjaya lagaknya seolah-olah tidak kenalpun pada beliau.
Doa dan harapan saya semoga suami saya ini telah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan supaya tidak ada kekecewaan dan penyesalan di kemudian hari. Semoga usaha murni beliau akan terus direstui Allah dan dibalas kebaikan daripada Allah swt hendaknya.

Sayang Iz: Harap setianya kepadaku tidak luntur seperti setianya kepada SKKD!

1 comment: