Cetusan Hati dan Dedikasi, Sayang Iz Kampung Daching, Negeri Sembilan,Malaysia

Saturday, December 19, 2009

AWAS! Nafas terhenti ketika tidur


Setelah membaca rencana kesihatan oleh Julie Roshana dalam MW terdetik di hati untuk berkongsi maklumat dengan rakan pembaca blog. Menurut Julie;

Jika anda mendapati diri bernafas termengah-mengah atau kerap terjaga dari tidur sepanjang malam, anda berpotensi untuk mengalami APNEA TIDUR OBSTRUKTIF. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu berhenti bernafas semasa tidur untuk beberapa ketika (beberapa saat hingga melebihi satu minit) kerana saluran pernafasan yang tersekat sementara.

Keadaan yang berpotensi untuk membahayakan kesihatan ini boleh menyebabkan penghidapnya keletihan pada waktu siang dan cenderung untuk mengalami masalah kesihatan, walaupun selepas mendapat rehat secukupnya pada waktu malam.Gejala-gejala utama apnea tidur yang boleh anda sedar adalah seperti berikut:

* terlalu mengantuk pada waktu siang yang boleh menyebabkan seseorang itu tertidur ketika sedang bekerja atau memandu.

* Rasa letih pada waktu pagi.

*Rasa sakit kepala sebaik sahaja bangun tidur.

Kesan apnea tidur adalah;

*tekanan darah tinggi

*tekanan darah tinggi dalam paru-paru

*ritma jantung abnormal, kegagalan jantung, penyakit krononari arteri (CAD) atau strok.

*kemurungan.


Untuk mendapat maklumat lanjut bacalah MW (4-10 Disember 09)

No comments:

Post a Comment