Cetusan Hati dan Dedikasi, Sayang Iz Kampung Daching, Negeri Sembilan,Malaysia

Thursday, December 10, 2009

Tambahan kuasa untuk guru besar dan pengetua!

Sekiranya anda membaca akhbar hari ini, pasti anda turut membaca mengenai kuasa tambahan yang akan diberikan kepada guru besar dan pengetua iaitu memecat guru-guru yang tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan..... Huh, kalau betullah macam tu, rasanya tak ada guru yang ponteng kelas atau lewat masuk kelas lagi. Maka akan tiadalah guru yang mengajar sambil duduk di kerusi, sambil baca akhbar atau yang buat jualan langsung di sekolah.....
Para guru, ingatlah kita semua telah diamanahkan untuk menjadi pendidik maka laksanakan tugas dengan sempurna demi menghalalkan rezeki yang kita peroleh!

Berikut, keratan akhbar utusan hari ini;

Pengetua, guru besar diberi kuasa

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHApengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 8 Dis. - Pengetua dan guru besar mungkin diberi kuasa untuk mengambil dan memecat mana-mana guru pada masa akan datang.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika membayangkan perkara itu berkata, kuasa berkenaan boleh 'diperturunkan' kepada pengetua dan guru besar memandangkan mereka lebih mengenali prestasi setiap guru.
"Kemungkinan suatu hari nanti mereka (pengetua dan guru besar) boleh mengambil dan memecat. Ia bagi membantu mereka mengenal pasti guru yang berdedikasi dalam membantu mewujudkan sekolah yang cemerlang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Bajet 2010, peringkat jawatankuasa kementerian itu, pada Sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Mohd. Puad, langkah luar biasa itu adalah sebahagian daripada usaha kementerian tersebut untuk melakukan revolusi dalam bidang pendidikan negara.
Mengulas lanjut mengenai revolusi itu, beliau menambah, semua guru turut diwajibkan melafazkan aku janji (baiah) baru.
Jelasnya, aku janji tersebut bagi memastikan tiada lagi guru-guru selepas ini mohon untuk bertukar selepas hanya dua tahun bertugas walaupun atas alasan mengikuti suami atau sebagainya.

***** Semoga semua guru akan menjadi guru yang dedikasi dan berbangga kerana menjadi guru !

No comments:

Post a Comment