Cetusan Hati dan Dedikasi, Sayang Iz Kampung Daching, Negeri Sembilan,Malaysia

Tuesday, April 27, 2010

Melayu oh Melayu!


Menghadiri Persidangan Meja Bulat bersama-sama KPM pada 27 April 2010 merupakan satu pengalaman yang amat bermakna bagi saya. Apakan tidaknya, duduk dikelilingi para intelektual ' politikal dan kenamaan-kenamaan yang namanya memang 'besar' di mata masyarakat Malaysia. Isu yang paling menarik perhatian saya merupakan satu isu yang diutarakan oleh seorang intelek bukan Melayu dari Sarawak Bumi Kenyalang. Antara lain katanya, "sepatutnya kita tidak perlu pun buat persidangan seperti hari ini kerana tanah air ini sememangnya sudah mutlak Tanah Air Melayu, raja, sultan dan pemimpinnya orang Melayu.Jadi siapa sebenanrya yang merosakkan bahasa Melayu sehingga perlu diadakan persidangan untuk memartabatkan semula bahasa Melayu?"
Turut menyentuh perasaan saya, rata-rata golongan intelektual menyalahkan para pendidik di sekolah yang katanya gagal mendidik anak murid menggunakan bahasa Melayu dengan betul lantaran penggunaan bahasa Melayu guru-guru itu sendiri tidak mengikut norma yang benar. Siapa yang harus dipertanggungjawabkan dalam hal ini sebenarnya? Sebagai pendidik guru, sedikit-sebanyak saya rasa tercabar juga apabila produk yang dihasilkan dari IPG diperlekehkan atau mungkin produk itu sendiri memang tiada kualitinya. Lebih menyedihkan dan memalukan apabila ada orang Melayu dengan bangga menyatakan bahawa dia berasa 'GELI' apabila berbahasa Melayu!
Kesimpulannya dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu ini, kita semua sebenarnya memikul tanggungjawab yang maha berat lagi besar!Apa dan bagaimana agaknya MELAYU pada 10 tahun akan datang?

No comments:

Post a Comment